Friday 24 July 2015

RUMUSAN


Melalui pilihanraya yang diadakan, dapat dirumuskan serta disimpulkan di sini bahawa pilihan raya bukan sahaja penting dari segi praktis demokrasi tetapi penglibatan rakyat sebagai pengundi amat penting dalam menentukan kerajaan yang memerintah serta formasi sistem dan proses keadilan sosial negara kita. Rakyat menyuarakan kehendak mereka melalui wakil yang mereka pilih dalam pilihanraya. Parti politik yang memperoleh kerusi terbanyak di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri akan membentuk kerajaan. Jika tidak ada mana-mana parti yang menguasai mana-mana Dewan, maka boleh ditubuhkan sebuah kerajaan campuran. Warganegara Malaysia adalah bebas menyertai mana-mana parti politik, diikuti pula dengan penglibatan mereka dalam pilihanraya sebagai pengundi. Dalam sesuatu pilihanraya, pelbagai isu dibangkitkan bagi meyakinkan pengundi supaya menyokong parti yang bertanding. Isu perkauman dan kepentingan negara adalah dua perkara penting yang mencorakkan sejarah kempen pilihanraya di negara kita. Pilihanraya adalah penting kepada semua warganegara kerana merekalah yang akan menentukan kerajaan. Keputusan pilihanraya menunjukkan sikap pengundi terhadap parti yang memerintah dan parti pembangkang. Pembangkang menjalankan fungsi sebagai pemeriksa dan pengimbang kepada parti pemerintah. Dengan adanya pilihanraya, sama ada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil, rakyat adalah terlibat dan turut serta dalam proses demokrasi negara kita. Kerusi yang terbanyak dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri akan menguasai dewan atau Parlimen.



PENGAJARAN

Antara pengajaran yang diperoleh adalah:
  1.    Rakyat haruslah mewujudkan suasana politik yang stabil, aman dan makmur bagi menjamin       kesejahteraan rakyat dan negara.
  2.    Rakyat hendaklah mengekalkan tradisi pemerintahan di negara kita bagi mewarisi tradisi           nenekmoyang kita.
  3.    Rakyat mestilah bijak dan tidak berat sebelah semasa memilih pemimpin supaya menjamin       kesejahteraan negara.
  4.  Rakyat haruslah bekerjasama antara satu sama lain supaya pilihan raya dapat dijalankan  dengan adil.
  5.  Keamanaan dan kemakmuran dapat dicapai melalui pilihan raya yang adil. 


1 comment:

  1. Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    di dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan. Kami tawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui EMAIL:ushafinance735@gmail.com
    Whatsapp +447918234523


    BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
    *******************************
    1) Nama Penuh:
    2) Jantina:
    3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
    4) Tempoh Pinjaman:
    5) Negara:
    6) Alamat Rumah:
    7) Nombor Mudah Alih:
    8) Nombor Faks:
    9) Pekerjaan:
    10) Pendapatan Bulanan:
    11) Tarikh Gaji:
    12) Tujuan pinjaman:
    13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
    ushafinance735@gmail.com
    Whatsapp +447918234523

    ReplyDelete