Saturday 25 July 2015

ELEMEN-ELEMEN PENTING PILIHAN RAYA 


Elemen-elemen penting yang dapat disimpulkan dalan sesebuah pilihan raya adalah:- 
  • Bahagian Pilihan Raya Pemilih/Pengundi
  •  Calon Bertanding
  •  Proses Pilihan Raya
  •  Bahagian Pilihan Raya


 Bahagian pilihan raya ini merangkumi Dua aspek iaitu:-

 Bilangan Bahagian Pilihan Raya Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri). Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri. Persempadanan Semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya. Sebagai sebahagian daripada fungsi utamanya, Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab mengkaji semula sempadanbahagian pilihan raya parlimen dan negeri. 
Suruhajaya Pilihan Raya perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang daripada lapan tahun.

Pemilih/Pengundi, terdapat beberapa perkara yang boleh dikaitkan mengenai pemilih atau pengundi iaitu:-

Pendaftaran Pemilih Satu elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang pemilih itu mestilah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Di Malaysia, seseorang itu layak untuk mendaftar jika dia:-
• Warganegara Malaysia 
• Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan 
• Seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia 
• Tidak hilang kelayakan 

Pemilih akan hilang kelayakan jika dia:

• Pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara 
• Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk                       tempohlebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan 
• Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 
• Telah memperoleh kerakyatan asing

Semakan Daftar Pemilih Semakan daftar pemilih dijalankan di sepanjang tahun, seperti yang diperuntukkan di dalam undang-undang. Anda boleh mendaftar di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri, Pejabat-Pejabat Pos atau melalui unit-unit bergerak Suruhanjaya. Daftar- daftar pemilih baru disediakan setiap 3 bulan sekali dan ia dipamerkan selama 7 hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan. Selepas mempertimbangkan tuntutan dan bantahan melalui siasatan awam, daftar pemilih untuk tahun berkenaan akan disahkan oleh Suruhanjaya di dalam tempoh sebulan. Semasa semakan daftar induk, nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan yang sudah hilang kelayakan mengikut undang-undang akan dikeluarkan daripada daftar berkenaan. Calon Bertanding Calon yang bertanding dalam pilihan raya perlulah mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Pilihan Raya. Ini merangkumi:-

Kelayakan Calon Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas. Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat-syarat berikut:-

 • Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini 
• Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon 
• Tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding


 Seseorang calon hilang kelayakan jika dia:- 

• Telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman 
• Didapati seorang yang bankrap 
• Memegang jawatan berkepentingan 'office of profit' 
• Gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya 
• Telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk    tempohtidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat  pengampunan 
• Telah memperoleh kewarganegaraan asing.



Elemen-elemen penting Pilihan Raya



















No comments:

Post a Comment