Friday 24 July 2015

Cara-cara Mengundi 




Di petak mengundi, seseorang pemilih hanya boleh memangkah seorang calon sahaja. Pemilih dikehendaki membuat satu tanda yang menunjukkan pilihan mereka pada setiap kertas undi. Tanda ini seperti tanda 'X' perlu dibuat pada lajur calon iaini di sebelah nama calon yang dipilih sahaja. Selepas menandakan kertas undi, pengundi perlu melipatnya mengikut garisan di kertas undi dan seterusnya memasukkan ke dalam peti undi yang disediakan. Jika diadakan pilihan raya yang serentak (Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri), kertas-kertas undi mestilah ditandakan, dilipat dan dimasukkan ke dalam peti undi yang berasingan yang telah ditandakan dengan sama ada ‘PARLIMEN’ dan ‘NEGERI’. Undi Pos Undi pos ini merupakan salah satu cara pengundian dari jarak jauh sekiranya pemilih tinggal jauh dari tempat pengundian. Selain itu undi pos ini dihantar dengan pos seawal yang mungkin kepada pemilih yang layak mengundi melalui pos. Kertas undi mesti sampai kepada Pegawai Pengurus selewat-lewatnya jam 5.00 petang pada hari mengundi. Prosedur-prosedur yang lengkap telah disediakan untuk menjaga kerahsiaan undi. Ejen Mengundi Undang-undang kini telah membenarkan calon untuk melantik ejen mengundi. Ini bertujuan menjaga kepentingan calon di setiap tempat mengundi di sepanjang masa. Peranan ejen adalah untuk memastikan proses pengundian dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan- peraturan yang berkaitan, mengemukakannya dalam tempoh yang ditetapkan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Ini akan menyebabkan mereka tidak layak untuk bertanding bagi tempoh lima tahun akan datang. Penyimpanan dan Pelupusan Penyimpanan kertas-kertas undi dan dokumen-dokumen berkaitan merupakan satu aspek penting dalam proses pilihan raya. Dokumen-dokumen tersebut mesti disimpan di dalam peti-peti khas dan dikunci dengan disaksikan ejen-ejen calon. Peti-peti ini disimpan selama 6 bulan di bawah pengawasan Pegawai Pengurus dan dibuka atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi jika ada kes- kes petisyen. Selepas tempoh tersebut, atas kebenaran Suruhanjaya Pilihan Raya, Pegawai Pengurus akan melupuskan semua dokumen-dokumen berkenaan. Sijil pelupusan akan dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri.

No comments:

Post a Comment