Saturday 25 July 2015

 ELEMEN-ELEMEN LAIN DALAM PILIHAN RAYA


Deposit Bagi calon-calon yang hendak menyertai pilihan raya mereka dikehendaki membayar wang deposit pilihan raya berjumlah seperti berikut:-

• Pilihan Raya Parlimen;RM 10,000.00 
• Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri;RM 5,000.00 

Wang deposit ini perlu dibayar kepada Pegawai Pengurus atau Pengarah Pilihan Raya Negeri selewat-lewatnya pada jam 10.00 pagi pada hari penamaan calon. Deposit Pilihan Raya boleh dibayar dalam bentuk wang tunai atau draf bank. Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang diperolehi semua calon yang bertanding dalam sesuatu bahagian pilihan raya berkenaan atau 12.5% undi daripada jumlah keseluruhan pengundi yang keluar mengundi pada hari pengundian di kawasan tersebut. Penggunaan Simbol Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jika dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan. Calon-calon bebas perlu memilih mana-mana simbol yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk dicetak pada kertas-kertas undi.


Borang SPR Undang-undang yang ada pada masa ini melarang calon daripada mendirikan sebarang pondok di mana-mana pusat mengundi di kawasan tempat calon itu bertanding. Walau bagaimanapun, parti-parti politik dibenarkan untuk mengadakan bilik operasi sekiranya ia terletak di luar jarak 50 meter dari pusat mengundi. Bagi memastikan kelancaran pengundian, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mendirikan barung SPR di pusat-pusat mengundi. Tujuannya adalah untuk membantu pemilih-pemilih menyemak nombor siri mereka di dalam daftar pemilih dan saluran supaya pengundian berjalan dengan lancar dan teratur. Kebenaran Memasuki Tempat Mengundi Hanya pemilih-pemilih yang nama mereka tersenarai dalam daftar pemilih bagi sesuatu tempat mengundi sahaja dibenarkan masukuntuk membuang undi. Kad pengenalan diri pemilih yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara digunakan sebagai pengenalan diri dan perlu ditunjukkan di tempat mengundi. Bagi memastikan keadaan terkawal dan menentukan kerahsiaan undi, hanya pegawai-pegawai berikut yang dibenarkan memasuki tempat mengundi:- 

• Ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya
 • Ketua Tempat Mengundi dan kakitangannya
 • Calon-calon dan wakil calon
 • Ejen-ejen mengundi dan ejen mengira undi
 • Mereka yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya

No comments:

Post a Comment