Friday 24 July 2015

Petisyen Pilihan Raya 

Keputusan pilihan raya hanya boleh di cabar di mahkamah pilihan raya melalui petisyen pilihan raya. Ianya hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh 21 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya diwartakan. Sesuatu petisyen pilihan raya hanya boleh dibuat atas alasan- alasan berikut:- • Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang boleh menjejaskan pilihan raya • Ketidakpatuhan peruntukan undang-undang dan peraturan pilihan raya • Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh calon-calon atau ejen-ejennya. • Calon atau ejennya didapati tidak layak untuk menyertai pilihan raya. Selepas menjalankan perbicaraan ke atas petisyen berkenaan, jika hakim pilihan raya memutuskan bahawa pilihan raya berkenaan terbatal, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengeluarkan notis yang mana pilihan raya baharu akan diadakan di bahagian pilihan raya tersebut. Penyata Perbelanjaan Pilihan Raya Calon-calon dibenarkan membelanjakan wang untuk urusan pilihan raya mereka berdasarkan jumlah berikut :- • Dewan Rakyat : Tidak lebih daripada RM200,000.00 • Dewan Undangan Negeri : Tidak lebih daripada RM100,000.00.


Calon-calon dikehendaki mengemukakan penyata perbelanjaan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam tempoh 31 hari dari tarikh keputusan pilihan raya di wartakan. Calon-calon dan ejen pilihan raya yang gagal mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya atau gagal mengemukakannya dalam tempoh yang ditetapkan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Ini akan menyebabkan mereka tidak layak untuk bertanding bagi tempoh lima tahun akan datang. Penyimpanan dan Pelupusan Penyimpanan kertas-kertas undi dan dokumen-dokumen berkaitan merupakan satu aspek penting dalam proses pilihan raya. Dokumen-dokumen tersebut mesti disimpan di dalam peti-peti khas dan dikunci dengan disaksikan ejen-ejen calon. Peti-peti ini disimpan selama 6 bulan di bawah pengawasan Pegawai Pengurus dan dibuka atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi jika ada kes- kes petisyen. Selepas tempoh tersebut, atas kebenaran Suruhanjaya Pilihan Raya, Pegawai Pengurus akan melupuskan semua dokumen-dokumen berkenaan. Sijil pelupusan akan dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri.

No comments:

Post a Comment