Friday 24 July 2015

PERBEZAAN ANTARA PILIHAN RAYA UMUM DENGAN PILIHAN RAYA KECIL 


Pilihan raya umum hanya akan diadakan selepas Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan. Pilihan raya kecil diadakan selepas salah satu Dewan Undangan Negeri dibubarkan. Pilihan raya umum diadakan secara berpenggal iaitu lima tahun sekali. Pilihan raya kecil tidak mengikut jadual ataupun penggal. Pilihan raya umum diadakan bagi memilih ahli- ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Pilihan raya kecil hanya akan diadakan apabila terdapat kekosongan dalam mana-mana dewan sama ada Dewan Rakyat ataupun Dewan Undangan Negeri. Ia diikuti  dengan penglibatan mereka dalam pilihanraya sebagai pengundi. Dalam sesuatu pilihanraya, pelbagai isu dibangkitkan bagi meyakinkan pengundi supaya menyokong parti yang bertanding. Isu perkauman dan kepentingan negara adalah dua perkara penting yang mencorakkan sejarah kempen pilihanraya di negara kita. Pilihanraya adalah penting kepada semua warganegara kerana merekalah yang akan menentukan kerajaan. Keputusan pilihanraya menunjukkan sikap pengundi terhadap parti yang memerintah dan parti pembangkang. Pembangkang menjalankan fungsi sebagai pemeriksa dan pengimbang kepada parti pemerintah. Dengan adanya pilihanraya, sama ada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil, rakyat adalah terlibat dan turut serta dalam proses demokrasi negara kita. Kerusi yang terbanyak dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri akan menguasai dewan atau Parlimen.

Perbezaan antara pilihan ray kecil dan pilihan raya umum


3 comments: