Monday 24 August 2015

PROSES PILIHAN RAYA


PENGENALAN



Image result for LOGO SPR Negara yang mengamalkan sistem demokrasi pasti akan mengadakan pilihanraya untuk mengundi pemimpin yang mereka pilih. Terdapat beberapa definisi dari pelbagai sumber tentang pilihanraya. Pilihan raya boleh dijalankan dalam mana-mana organisasi sama ada swasta atau syarikat, kesatuan sekerja untuk memilih wakil mereka atau menyelesaikan satu-satu masalah dasar atau badan mahupun institusi kerajaan. Umum menyifatkan pilihan raya sebagai satu cara membuat pilihan politik melalui undian. Pilihan raya digunakan untuk memilih pemimpin dan menentukan sesuatu isu. Melalui pilihan raya, pengundi boleh memilih calon yang dikemukakan ataupun dicadangkan kepada mereka untuk menyelesaikan isu-isu masyarakat. Menurut kamus dewan Edisi ke 4: Pilihan raya ialah pemilihan umum yang diadakan untuk memilih wakil di Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan sebagainya lagi. Manakala dalam buku 50 fakta asas Kenegaraan, Pilihan raya ialah satu mekanisme untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan, baik di peringkat persekutuan ataupun negeri(Wariya, 2007) dan Akta Pilihanraya 1965 menafsirkan Pilihan raya adalah suatu pilihanraya Parlimen/Negeri mengikut mana berkenaan (Lembaga Penyelidikan Undang-Undang, 2000) Di Malaysia, sistem pilihanraya yang diguna pakai adalah berdasarkan satu kawasan satu wakil. Iaitu di mana calon yang mendapat undi yang terbanyak akan diisytiharkan menang. Calon tunggal akan menang tanpa bertanding. Seterusnya pakatan parti yang memiliki jumlah kerusi yang terbanyak dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri akan menguasai dewan atau Parlimen.

Image result for PROSES pilihan rayaImage result for PROSES pilihan raya

No comments:

Post a Comment