FUNGSI PILIHAN RAYA
Melalui pilihan raya yang dijalankan,
beberapa perkara telah dapat dikenalpasti. Ini termasuklah peranan pilihan raya
itu sendiri. Antara yang dapat disimpulkan mengenai peranan ataupun fungsi
pilihan raya ialah:-
- Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi Mengekalkan pucuk
pimpinan Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan
- Menguatkan
kestabilan dan legitimasi dalam sebuah organisasi dan komuniti politik Memilih
wakil-wakil untuk menerajui pemerintahan
Negara Pilihan raya juga dijadikan sebagai
mekanisme untuk mengekalkan demokrasi berparlimen kerana ia sikap adil
disebabkan rakyat berhak memilih calon pemimpin untuk memimpin mereka. Pilihanraya ini melibatkan rakyat dimana rakyat akan melahirkan sebuah
pentadbiran yang kukuh dengan bergantung kepada segala peraturan yang
diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia. Dengan prosedur-prosedur pilihan
raya juga seperti kempen pilihan raya dan manifesto, rakyat sebenarnya
dibimbing bagaimana cara memilih pemimpin yang benar-benar dapat memimipn mereka.
Pemimpin yang akan mentadbir juga akan mentadbir mengikut apa yang telah mereka
janjikan sebelum pilihan raya yang semestinya akan disenangi oleh
rakyat .Keperluan mengadakan pilihanraya juga adalah untuk menentukan pemindahan
kuasa kerajaan tanpa kekerasan dan memberi peluang kepada pihak-pihak yang
berkuasa mentadbir dengan adil dan saksama.
No comments:
Post a Comment