Cara-cara Mengundi
Di petak mengundi, seseorang pemilih
hanya boleh memangkah seorang calon sahaja. Pemilih dikehendaki membuat satu
tanda yang menunjukkan pilihan mereka pada setiap kertas undi. Tanda ini
seperti tanda 'X' perlu dibuat pada lajur calon iaini di sebelah nama calon
yang dipilih sahaja. Selepas menandakan kertas undi, pengundi perlu melipatnya
mengikut garisan di kertas undi dan seterusnya memasukkan ke dalam peti undi
yang disediakan. Jika diadakan pilihan raya yang serentak (Dewan Rakyat dan
Dewan Undangan Negeri), kertas-kertas undi mestilah ditandakan, dilipat dan
dimasukkan ke dalam peti undi yang berasingan yang telah ditandakan dengan sama
ada ‘PARLIMEN’ dan ‘NEGERI’. Undi Pos Undi pos ini merupakan salah satu cara
pengundian dari jarak jauh sekiranya pemilih tinggal jauh dari tempat
pengundian. Selain itu undi pos ini dihantar dengan pos seawal yang mungkin
kepada pemilih yang layak mengundi melalui pos. Kertas undi mesti sampai kepada
Pegawai Pengurus selewat-lewatnya jam 5.00 petang pada hari mengundi.
Prosedur-prosedur yang lengkap telah disediakan untuk menjaga kerahsiaan undi.
Ejen Mengundi Undang-undang kini telah membenarkan calon untuk melantik ejen
mengundi. Ini bertujuan menjaga kepentingan calon di setiap tempat mengundi di
sepanjang masa. Peranan ejen adalah untuk memastikan proses pengundian
dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan- peraturan yang berkaitan, mengemukakannya dalam tempoh yang ditetapkan merupakan satu kesalahan di bawah
Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Ini akan menyebabkan mereka tidak layak untuk
bertanding bagi tempoh lima tahun akan datang. Penyimpanan dan Pelupusan
Penyimpanan kertas-kertas undi dan dokumen-dokumen berkaitan merupakan satu
aspek penting dalam proses pilihan raya. Dokumen-dokumen tersebut mesti
disimpan di dalam peti-peti khas dan dikunci dengan disaksikan ejen-ejen calon.
Peti-peti ini disimpan selama 6 bulan di bawah pengawasan Pegawai Pengurus dan
dibuka atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi jika ada kes- kes petisyen. Selepas
tempoh tersebut, atas kebenaran Suruhanjaya Pilihan Raya, Pegawai Pengurus akan
melupuskan semua dokumen-dokumen berkenaan. Sijil pelupusan akan dikemukakan
kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri.
No comments:
Post a Comment