UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PILIHAN RAYA
Saturday, 25 July 2015
ELEMEN-ELEMEN PENTING PILIHAN RAYA
Elemen-elemen penting
yang dapat disimpulkan dalan sesebuah pilihan raya adalah:-
- Bahagian Pilihan Raya Pemilih/Pengundi
- Calon Bertanding
- Proses Pilihan Raya
- Bahagian Pilihan Raya
Bahagian pilihan raya ini merangkumi Dua aspek iaitu:-
Bilangan Bahagian
Pilihan Raya Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan Malaysia, seseorang calon
dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di
Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri).
Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 576 kerusi Dewan
Undangan Negeri. Persempadanan Semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya. Sebagai
sebahagian daripada fungsi utamanya, Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab
mengkaji semula sempadanbahagian pilihan raya parlimen dan negeri.
Suruhajaya
Pilihan Raya perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang daripada lapan
tahun.
Pemilih/Pengundi, terdapat beberapa perkara yang
boleh dikaitkan mengenai pemilih atau pengundi iaitu:-
Pendaftaran Pemilih Satu
elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang pemilih itu mestilah
mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum dia boleh mengundi dalam
pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Di Malaysia,
seseorang itu layak untuk mendaftar jika dia:-
• Warganegara Malaysia
• Berumur
tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan
• Seorang penduduk di
mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia
• Tidak hilang kelayakan
Pemilih akan hilang kelayakan jika dia:
• Pada tarikh
kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara
•
Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara
untuk tempohlebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan
•
Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya
• Telah memperoleh
kerakyatan asing
Semakan Daftar Pemilih Semakan daftar pemilih
dijalankan di sepanjang tahun, seperti yang diperuntukkan di dalam
undang-undang. Anda boleh mendaftar di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya,
Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri, Pejabat-Pejabat Pos atau melalui unit-unit
bergerak Suruhanjaya. Daftar- daftar pemilih baru disediakan setiap 3 bulan
sekali dan ia dipamerkan selama 7 hari bagi tujuan urusan tuntutan dan
bantahan. Selepas mempertimbangkan tuntutan dan bantahan melalui siasatan awam,
daftar pemilih untuk tahun berkenaan akan disahkan oleh Suruhanjaya di dalam
tempoh sebulan. Semasa semakan daftar induk, nama-nama pemilih yang sudah
meninggal dunia dan yang sudah hilang kelayakan mengikut undang-undang akan
dikeluarkan daripada daftar berkenaan. Calon Bertanding Calon yang bertanding
dalam pilihan raya perlulah mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Pilihan Raya.
Ini merangkumi:-
Kelayakan Calon Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon
yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon
bebas. Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika
memenuhi syarat-syarat berikut:-
• Warganegara Malaysia dan bermastautin di
negara ini
• Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon
•
Tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding
Seseorang calon hilang kelayakan jika dia:-
• Telah
didapati atau diisytiharkan tidak siuman
• Didapati seorang yang bankrap
•
Memegang jawatan berkepentingan 'office of profit'
• Gagal mengemukakan laporan
perbelanjaan pilihan raya
• Telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia
dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempohtidak kurang dari 1 tahun atau denda
tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan
PROSES PILIHAN RAYA
Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya
Kecil di Malaysia mempunyai beberapa peringkat iaitu:-
- Pengeluaran writ
- Penamaan calon
- Kempen Hari mengundi
- Pengiraan undi
- Penjumlahan rasmi undi
- Pengumuman Keputusan Pengeluaran Writ
Apabila berlaku pembubaran Parlimen atau
Dewan Undangan Negeri atau terdapat kekosongan di luar jangka, Suruhanjaya
Pilihan Raya akan mengeluarkan writ iaitu surat kuasa untuk menjalankan pilihan
raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu notis pilihan raya akan
diwartakan dan ditampal di tempat-tempat yang mudah untuk semakan orang ramai.
Notis tersebut mengandungi tarikh penamaan dan tarikh pengundian yang akan
dijalankan. PenamaanCalon, Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah
ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon-calon mengemukakan
kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya kepada Pegawai
Pengurus. Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan
penyokong atau salah seorang daripada mereka. Kertas-kertas penamaan mestilah
dikemukakan di antara pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari penamaan.
Selain dari penyerahan tiga salinan borang penamaan; calon, pencadang atau
penyokong juga perlu menyertakan deposit pilihan raya dan Borang Akaun
Berkanun iaitu Borang 5 untuk calon bagi ahli Dewan Rakyat dan Borang 5A untuk
calon bagi Ahli Dewan Undangan Negeri.
Borang-borang ini perlu dimatikan setem
di Pejabat Duti Setem. Kertas-kertas penamaan yang diterima akan di pamerkan
dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan dibuat bantahan oleh
mereka yang layak iaitu calon dan pemilih yang terdaftar di kawasan berkenan.
Apabila selesai urusan tersebut Pegawai Pengurus akan mengistiyarkan calon-calon
yang layak bertanding. Jika hanya seorang saja calon yang dicadangkan, Pegawai
Pengurus akan mengumumkan calon tersebut menang tanpa bertanding. Kempen
Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka peraturan-peraturan khas untuk
berkempen, seperti yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan)
2002. Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan
mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi. Bagi memastikan
pilihan raya berjalan lancar Suruhanjaya mempunyai kuasa di bawah perkara 3(5)
Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik
Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan- pasukan Penguat
Kuasa di setiap bahagian pilihan raya Parlimen, jika difikirkan perlu. Unit ini
dianggotai oleh Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan
Raya, seorang wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah, seorang wakil dari Pihak
Berkuasa Tempatan dan seorang wakil tiap-tiap parti/calon yang bertanding.
Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegawai Pengurus, dan tugas
pasukan ini ialah untuk memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihan
raya dan perhimpunan umum, bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah
undang-undang dan peraturan- peraturan pilihan raya tidak dilanggar.
Suruhanjaya Pilihan Raya juga akan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat
Pusat/Negeri/bahagian-bahagian pilihan raya bagi memberikan penerangan kepada
parti-parti politik, calon-calon atau ejen-ejen dan petugas- petugas parti
mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya. Senarai perkara yang mesti
dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya disediakan, dan ini perlu diambil
ingatan oleh calon- calon dan petugas-petugas parti. Lazimnya, kempen pilihan
raya adalah berupa:-
• Pengedaran risalah dan surat
• Poster
• Ceramah tertutup
dan ceramah umum
• Kempen dari rumah ke rumah
Untuk tujuan kempen, calon-calon
dikehendaki membayar deposit bahan kempen sebanyak RM5,000 bagi pilihan raya
Parlimen dan RM3,000 bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri. Begitu juga
pemasangan poster ia perlu membayar sejumlah wang kepada pihak berkuasa
tempatan. Bagi membolehkan calon-calon mengadakan ceramah terbuka mereka perlu
mendapat kelulusan dari pihak polis.Parti-parti politik dibenarkan membentang
dan memperjelaskan manifesto mereka masing-masing. Mereka juga boleh
menggunakan media elektronik. Deposit akan dipulangkan sekiranya calon-calon
menanggalkan poster, sepanduk dan sebagainya dalam tempoh 14 hari selepas hari
mengundi. Sepanjang tempoh berkempen, pihak polis akan dari semasa ke semasa
mengeluarkan garis-garis panduan kepada calon-calon yamg bertanding untuk
memastikan kempen pilihan raya berjalan secara aman.
Hari Mengundi Hari mengundi adalah merujuk kepada
hari pemilih-pemilih membuang undi. Secara rasmi hari mengundi bermula dari
selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan
raya. Namun demikian, waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga
jam 5.00 petang di seluruh Malaysia. Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit
bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran membuang undi. Selain dari itu,
waktu membuang undi mungkin berbeza antara daerah-daerah. Suruhanjaya Pilihan
Raya biasanya akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang
perkara-perkara pilihan raya seperti:-
• Tarikh mengundi
• Lokasi tempat mengundi
• Waktu mengundi di semua tempat mengundi
• Lokasi pusat pengiraan dan
penjumlahan undi
Pengundian dilakukan di tempat-tempat mengundi yang telah
diwartakan. Setiap tempat mengundi mempunyai seorang Ketua Tempat Mengundi yang
mengawal selia proses pengundian. Beliau akan dibantu oleh kerani mengundi dan
kerani mengira undi. Pengiraan Undi Pengiraan undi dijalankan oleh Ketua Tempat
Mengundi di tempat mengundi atau di satu pusat pengiraan undi yang telah
ditetapkan. Keputusan pengiraan undi ini akan dimasukkan kedalam Borang 14
(Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi). Semua Borang 14 ini akan dibawa
kepada Pegawai Pengurus untuk dibuat Penjumlahan Rasmi Undi. Pegawai Pengurus
setelah menyemak Borang 14 ini dan jika didapati betul beliau akan mengumumkan
kepada orang ramai satu persatu dan jika terdapat
keraguan beliau akan menyemak semula dengan Borang 13 (Penyata Kertas Undi).
Undi pos bagi sesuatu bahagian pilihan raya dikira oleh Pegawai Pengurus di
pusat pengiraan undi yang telah ditetapkan dan dimasukkan ke dalam Borang15
(Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Kertas Undi Pos).Semasa undi dikira,
hanya orang yang tertentu sahaja dibenarkan memasuki tempat mengira undi.
Mereka ialah:-
• Ahli- ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya
• Pegawai yang
dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
• Kerani pengiraan undi
• Calon, wakil
dan ejen mengira undi
Kehadiran ejen-ejen calon adalah untuk memastikan
pengiraan undi dijalankan mengikut proses yang betul seperti yang ditetapkan
oleh undang-undang dan peraturan serta bagi memastikan urusan pengiraan undi
itu betul, adil dan telus. Penjumlahan Rasmi Undi Selepas selesai pengiraan
undi di tempat-tempat mengundi dan pusat pengiraan undi iaini setelah semua
keputusan Borang 14 (Penyata pengundian Selepas Pengiraan Undi dan Borang) dan
Borang 15 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Kertas Undi Pos) diterima dan
diumumkan, beliau akan menjumlahkan keseluruhan keputusan untuk menentukan
pemenangnya.Keputusan- keputusan pengundian akan dikemukakan kepada Pegawai
Pengurus di pusat penjumlahan undi.
Video Proses Pilihan Raya
Pengumuman
Keputusan Pilihan Raya
Setelah selesai menjumlahkan Borang 14 dan Borang 15, Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti dan mengesahkannya sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya yang berkenaan. Keputusannya tidak boleh dipertikaikan. Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya boleh mengemukakan di Mahkamah Pilihan Raya melalui petisyen pilihan raya.
Setelah selesai menjumlahkan Borang 14 dan Borang 15, Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti dan mengesahkannya sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya yang berkenaan. Keputusannya tidak boleh dipertikaikan. Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya boleh mengemukakan di Mahkamah Pilihan Raya melalui petisyen pilihan raya.
ELEMEN-ELEMEN LAIN DALAM PILIHAN RAYA
Deposit Bagi
calon-calon yang hendak menyertai pilihan raya mereka dikehendaki membayar wang
deposit pilihan raya berjumlah seperti berikut:-
• Pilihan Raya Parlimen;RM
10,000.00
• Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri;RM 5,000.00
Wang deposit ini
perlu dibayar kepada Pegawai Pengurus atau Pengarah Pilihan Raya Negeri
selewat-lewatnya pada jam 10.00 pagi pada hari penamaan calon. Deposit Pilihan
Raya boleh dibayar dalam bentuk wang tunai atau draf bank. Calon akan hilang
wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang
diperolehi semua calon yang bertanding dalam sesuatu bahagian pilihan raya
berkenaan atau 12.5% undi daripada jumlah keseluruhan pengundi yang keluar
mengundi pada hari pengundian di kawasan tersebut. Penggunaan Simbol Seseorang
calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jika
dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan. Calon-calon
bebas perlu memilih mana-mana simbol yang telah disediakan oleh Suruhanjaya
Pilihan Raya untuk dicetak pada kertas-kertas undi.
Borang SPR Undang-undang yang ada pada masa ini
melarang calon daripada mendirikan sebarang pondok di mana-mana pusat mengundi
di kawasan tempat calon itu bertanding. Walau bagaimanapun, parti-parti politik
dibenarkan untuk mengadakan bilik operasi sekiranya ia terletak di luar jarak
50 meter dari pusat mengundi. Bagi memastikan kelancaran pengundian,
Suruhanjaya Pilihan Raya akan mendirikan barung SPR di pusat-pusat mengundi.
Tujuannya adalah untuk membantu pemilih-pemilih menyemak nombor siri mereka di
dalam daftar pemilih dan saluran supaya pengundian berjalan dengan lancar dan
teratur. Kebenaran Memasuki Tempat Mengundi Hanya pemilih-pemilih yang nama
mereka tersenarai dalam daftar pemilih bagi sesuatu tempat mengundi sahaja
dibenarkan masukuntuk membuang undi. Kad pengenalan diri pemilih yang
dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara digunakan sebagai pengenalan diri
dan perlu ditunjukkan di tempat mengundi. Bagi memastikan keadaan terkawal dan
menentukan kerahsiaan undi, hanya pegawai-pegawai berikut yang dibenarkan
memasuki tempat mengundi:-
• Ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya
• Ketua
Tempat Mengundi dan kakitangannya
• Calon-calon dan wakil calon
• Ejen-ejen
mengundi dan ejen mengira undi
• Mereka yang dibenarkan oleh Suruhanjaya
Pilihan Raya
Friday, 24 July 2015
Cara-cara Mengundi

Petisyen Pilihan Raya
Keputusan pilihan raya hanya boleh di
cabar di mahkamah pilihan raya melalui petisyen pilihan raya. Ianya hendaklah
dikemukakan ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh 21 hari selepas tarikh keputusan
pilihan raya diwartakan. Sesuatu petisyen pilihan raya hanya boleh dibuat atas
alasan- alasan berikut:- • Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang
boleh menjejaskan pilihan raya • Ketidakpatuhan peruntukan undang-undang dan
peraturan pilihan raya • Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi
undang-undang yang dilakukan oleh calon-calon atau ejen-ejennya. • Calon atau
ejennya didapati tidak layak untuk menyertai pilihan raya. Selepas menjalankan
perbicaraan ke atas petisyen berkenaan, jika hakim pilihan raya memutuskan bahawa
pilihan raya berkenaan terbatal, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengeluarkan
notis yang mana pilihan raya baharu akan diadakan di bahagian pilihan raya
tersebut. Penyata Perbelanjaan Pilihan Raya Calon-calon dibenarkan
membelanjakan wang untuk urusan pilihan raya mereka berdasarkan jumlah berikut
:- • Dewan Rakyat : Tidak lebih daripada RM200,000.00 • Dewan Undangan Negeri :
Tidak lebih daripada RM100,000.00.
Calon-calon dikehendaki mengemukakan penyata
perbelanjaan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam tempoh 31 hari dari
tarikh keputusan pilihan raya di wartakan. Calon-calon dan ejen pilihan raya
yang gagal mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya atau gagal
mengemukakannya dalam tempoh yang ditetapkan merupakan satu kesalahan di bawah
Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Ini akan menyebabkan mereka tidak layak untuk
bertanding bagi tempoh lima tahun akan datang. Penyimpanan dan Pelupusan
Penyimpanan kertas-kertas undi dan dokumen-dokumen berkaitan merupakan satu
aspek penting dalam proses pilihan raya. Dokumen-dokumen tersebut mesti
disimpan di dalam peti-peti khas dan dikunci dengan disaksikan ejen-ejen calon.
Peti-peti ini disimpan selama 6 bulan di bawah pengawasan Pegawai Pengurus dan
dibuka atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi jika ada kes- kes petisyen. Selepas
tempoh tersebut, atas kebenaran Suruhanjaya Pilihan Raya, Pegawai Pengurus akan
melupuskan semua dokumen-dokumen berkenaan. Sijil pelupusan akan dikemukakan
kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri.
PERBEZAAN ANTARA PILIHAN RAYA UMUM DENGAN PILIHAN RAYA KECIL
Pilihan raya umum hanya akan diadakan
selepas Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan. Pilihan raya kecil
diadakan selepas salah satu Dewan Undangan Negeri dibubarkan. Pilihan raya umum
diadakan secara berpenggal iaitu lima tahun sekali. Pilihan raya kecil tidak
mengikut jadual ataupun penggal. Pilihan raya umum diadakan bagi memilih ahli-
ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Pilihan raya kecil hanya akan
diadakan apabila terdapat kekosongan dalam mana-mana dewan sama ada Dewan
Rakyat ataupun Dewan Undangan Negeri. Ia diikuti dengan penglibatan mereka dalam pilihanraya sebagai
pengundi. Dalam sesuatu pilihanraya, pelbagai isu dibangkitkan bagi meyakinkan
pengundi supaya menyokong parti yang bertanding. Isu perkauman dan kepentingan
negara adalah dua perkara penting yang mencorakkan sejarah kempen pilihanraya
di negara kita. Pilihanraya adalah penting kepada semua warganegara kerana
merekalah yang akan menentukan kerajaan. Keputusan pilihanraya menunjukkan
sikap pengundi terhadap parti yang memerintah dan parti pembangkang.
Pembangkang menjalankan fungsi sebagai pemeriksa dan pengimbang kepada parti
pemerintah. Dengan adanya pilihanraya, sama ada pilihanraya umum atau
pilihanraya kecil, rakyat adalah terlibat dan turut serta dalam proses demokrasi
negara kita. Kerusi yang terbanyak dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri akan
menguasai dewan atau Parlimen.
Perbezaan antara pilihan ray kecil dan pilihan raya umum
RUMUSAN
Melalui pilihanraya yang diadakan, dapat dirumuskan serta
disimpulkan di sini bahawa pilihan raya bukan sahaja penting dari segi praktis
demokrasi tetapi penglibatan rakyat sebagai pengundi amat penting dalam
menentukan kerajaan yang memerintah serta formasi sistem dan proses keadilan
sosial negara kita. Rakyat menyuarakan kehendak mereka melalui wakil yang
mereka pilih dalam pilihanraya. Parti politik yang memperoleh kerusi terbanyak
di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri akan membentuk kerajaan. Jika tidak
ada mana-mana parti yang menguasai mana-mana Dewan, maka boleh ditubuhkan
sebuah kerajaan campuran. Warganegara Malaysia adalah bebas menyertai mana-mana
parti politik, diikuti pula dengan penglibatan mereka dalam pilihanraya sebagai
pengundi. Dalam sesuatu pilihanraya, pelbagai isu dibangkitkan bagi meyakinkan
pengundi supaya menyokong parti yang bertanding. Isu perkauman dan kepentingan
negara adalah dua perkara penting yang mencorakkan sejarah kempen pilihanraya
di negara kita. Pilihanraya adalah penting kepada semua warganegara kerana
merekalah yang akan menentukan kerajaan. Keputusan pilihanraya menunjukkan
sikap pengundi terhadap parti yang memerintah dan parti pembangkang.
Pembangkang menjalankan fungsi sebagai pemeriksa dan pengimbang kepada parti
pemerintah. Dengan adanya pilihanraya, sama ada pilihanraya umum atau
pilihanraya kecil, rakyat adalah terlibat dan turut serta dalam proses demokrasi
negara kita. Kerusi yang terbanyak dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri akan
menguasai dewan atau Parlimen.
PENGAJARAN
Antara pengajaran yang diperoleh adalah:
- Rakyat haruslah mewujudkan suasana politik yang stabil, aman dan makmur bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negara.
- Rakyat hendaklah mengekalkan tradisi pemerintahan di negara kita bagi mewarisi tradisi nenekmoyang kita.
- Rakyat mestilah bijak dan tidak berat sebelah semasa memilih pemimpin supaya menjamin kesejahteraan negara.
- Rakyat haruslah bekerjasama antara satu sama lain supaya pilihan raya dapat dijalankan dengan adil.
- Keamanaan dan kemakmuran dapat dicapai melalui pilihan raya yang adil.
Subscribe to:
Posts (Atom)