Monday 24 August 2015

PROSES PILIHAN RAYA


PENGENALAN



Image result for LOGO SPR Negara yang mengamalkan sistem demokrasi pasti akan mengadakan pilihanraya untuk mengundi pemimpin yang mereka pilih. Terdapat beberapa definisi dari pelbagai sumber tentang pilihanraya. Pilihan raya boleh dijalankan dalam mana-mana organisasi sama ada swasta atau syarikat, kesatuan sekerja untuk memilih wakil mereka atau menyelesaikan satu-satu masalah dasar atau badan mahupun institusi kerajaan. Umum menyifatkan pilihan raya sebagai satu cara membuat pilihan politik melalui undian. Pilihan raya digunakan untuk memilih pemimpin dan menentukan sesuatu isu. Melalui pilihan raya, pengundi boleh memilih calon yang dikemukakan ataupun dicadangkan kepada mereka untuk menyelesaikan isu-isu masyarakat. Menurut kamus dewan Edisi ke 4: Pilihan raya ialah pemilihan umum yang diadakan untuk memilih wakil di Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan sebagainya lagi. Manakala dalam buku 50 fakta asas Kenegaraan, Pilihan raya ialah satu mekanisme untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan, baik di peringkat persekutuan ataupun negeri(Wariya, 2007) dan Akta Pilihanraya 1965 menafsirkan Pilihan raya adalah suatu pilihanraya Parlimen/Negeri mengikut mana berkenaan (Lembaga Penyelidikan Undang-Undang, 2000) Di Malaysia, sistem pilihanraya yang diguna pakai adalah berdasarkan satu kawasan satu wakil. Iaitu di mana calon yang mendapat undi yang terbanyak akan diisytiharkan menang. Calon tunggal akan menang tanpa bertanding. Seterusnya pakatan parti yang memiliki jumlah kerusi yang terbanyak dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri akan menguasai dewan atau Parlimen.

Image result for PROSES pilihan rayaImage result for PROSES pilihan raya

SEJARAH PILIHAN RAYA DI MALAYSIA 


Image result for sejarah pilihan rayaSebelum Tanah Melayu merdeka, Pilihan raya hanya dijalankan di peringkat kerajaan tempatan pada tahun 1951 iaitu di George Town Pulau Pinang pada Disember 1951. Pilihan raya ini bertujuan untuk memilih perwakilan di peringkat kerajaan tempatan. Kemudiannya pada zaman pilihan raya merdeka, setelah ancaman komunis dalam keadaan terkawal, Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan telah diadakan pada Februari 1952. Pilihan raya ini adalah proseslatihan awal ke arah mentadbir Kerajaan dan membentuk kerajaan yang berlandaskan demokrasi. Pada Julai 1955, Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 diadakan yang merupakan pilihan raya umum yang pertama untuk Persekutuan Tanah Melayu. Sebanyak 52 kerusi telah dipertandingkan. Dalam pilihanraya tersebut Parti Perikatan telah memenangi 51 kerusi dan 1 kerusi dimenangi oleh Parti Islam Semalaysia (PAS). Dengan kemenangan ini, Parti Perikatan secara automatiknya memenuhi matlamat menjadi kumpulan majoriti dalam Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan dan seterusnya membentuk sebuah kerajaan. Selepas Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada tahun 1957, pilihanraya telah diadakan lima tahun sekali. Walau bagaimanapun, setelah kemasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura pada tahun 1963, Pilihan Raya Umum yang pertama yang melibatkan seluruh negeri di dalam Malaysia telah diadakan pada 13 Mei 1969. Malangnya pilihanraya yang diadakan pada tahun tersebut telah menimbulkan tragedi hitam yang diingati sehingga ke hari ini. Akibat daripada peristiwa tersebut, darurat telah diisytiharkan. Semua pilihanraya yang masih belum selesai pada ketika itu dihentikan termasuk yang diadakan di Sabah dan Sarawak.Namun setelah Singapura menarik diri daripada Penubuhan Malaysia, sistem politik negara kembali pulih dan pilihanraya tetap diadakan lima tahun sekali setelah Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan.





FUNGSI PILIHAN RAYA


 Melalui pilihan raya yang dijalankan, beberapa perkara telah dapat dikenalpasti. Ini termasuklah peranan pilihan raya itu sendiri. Antara yang dapat disimpulkan mengenai peranan ataupun fungsi pilihan raya ialah:-
  •  Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi Mengekalkan pucuk pimpinan Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan 
  • Menguatkan kestabilan dan legitimasi dalam sebuah organisasi dan komuniti politik Memilih wakil-wakil untuk menerajui pemerintahan
 Negara Pilihan raya juga dijadikan sebagai mekanisme untuk mengekalkan demokrasi berparlimen kerana ia sikap adil disebabkan rakyat berhak memilih calon pemimpin untuk memimpin mereka. Pilihanraya ini melibatkan rakyat dimana rakyat akan melahirkan sebuah pentadbiran yang kukuh dengan bergantung kepada segala peraturan yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia. Dengan prosedur-prosedur pilihan raya juga seperti kempen pilihan raya dan manifesto, rakyat sebenarnya dibimbing bagaimana cara memilih pemimpin yang benar-benar dapat memimipn mereka. Pemimpin yang akan mentadbir juga akan mentadbir mengikut apa yang telah mereka janjikan sebelum pilihan raya yang semestinya akan disenangi oleh rakyat .Keperluan mengadakan pilihanraya juga adalah untuk menentukan pemindahan kuasa kerajaan tanpa kekerasan dan memberi peluang kepada pihak-pihak yang berkuasa mentadbir dengan adil dan saksama.


Fungsi SPR